Oleh :
Zaharuddin Abd Rahman
Wednesday, 22 October 2008
11:36
Soalan
1
Assalamualaikum
UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana
pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank?
Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur
gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun
Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu
boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan
(Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka
dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan
2
Saya
telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk
mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak
dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu
ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif
menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih
stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula
dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi
mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat
dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila
seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju
untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh
kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung
kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca
berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM
DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan
dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga
pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah
menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku
apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu
masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan
; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank
tersebut.
• HARAM
DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika
membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai
contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100
gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti
pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada
sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak
tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama
ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL
DAN SAH :
Setelah
anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan
bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.
Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.
Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk
fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli),
yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada
bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad
debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan
sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna
adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak
fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh
Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm
191)
DALAM
KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah
melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit
melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang
HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-
JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA :
mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan
tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu
jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara
lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila
kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad
simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis
aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-
JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI :
Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat
pada satu-satu masa.
Maksud
saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang
sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan
yang berlainan.
Pelanggan
Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong
tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter
berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu,
transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-
CARA PEMBAYARAN YANG HALAL :
Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada
tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan,
cek tempatan.
Sebarang
pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil
masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis
Fiqh Antarabangsa.
Mengapa
3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud
fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab
Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd
Sattar Abu Ghuddah.
4-
PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau
tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau
melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Namun
akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada
sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada
bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah
menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK
BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini
bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika
sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia
memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam
jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan
wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi
sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu
perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas
dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan
public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan
untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank
terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika
anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di
atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya
juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sumber
Asal :
Zaharuddin
Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
.
0 comments:
Post a Comment