Jadual kat bawah ni den paparkan sebagai panduan kpd mereka yg berminat
utk memilih Ar Rahnu terbaik. Khas untuk rakan2 di area Johor.. Jadual
ini belum dikemaskini dengan syarat terbaru AGRO BANK yg baru
dikeluarkan.. Den masih belum dapat salinan arahan original dari rakan
Agro...
UPDATE 7 MEI 2012 |
Antara info yg den dapat melalui tt dgn diorg, syarat diketatkan kerana :
1. Polisi Agro @ Bank Pertanian adalah pembiayaan kepada usahawan kecil & usahawan sektor pertanian. Jumlah pinjaman sehingga suku 2012 melalui Ar Rahnu melebihi pinjaman kepada sektor tumpuan. Arahan dari Bank Negara utk selaraskan semula pembiayaan. (Tu sebab had pinjaman berdasarkan umur. Had maksimum 50k hanya untuk individu berumur atas 30 tahun. )
2. Penyelewengan dan sindiket yang melibatkan pemajak & orang dalam di utara. Depa berpakat masukkan gelang sadur (plated gold) ke dalam pajakan. Gelang yg disalut dengan tebal lebih 3 micron ni susah nak detect cara ujian asid. Bacaan pada densimeter depa ubah. Jadi Agro limitkan hanya item Rantai Tangan & Rantai Leher sahaja yg boleh diAr Rahnukan.
3. Skim 35:65 yang masih beroperasi & merugikan ramai rakyat yg buta emas. Untuk mengelakkan ini semua terjadi, prosedur diketatkan hanya utk pelanggan setempat, dikhaskan hanya untuk peniaga kecil dan individu yg terdesak. Jadi prosedur berat maksimum 25g untuk RT dan 35g utk RL ditetapkan. Setiap individu hanya dibenarkan bukak satu akaun dan di cawangan terdekat.
.
0 comments:
Post a Comment